Thursday, 11 July 2013

Kongsi Gambar, Tindakan Nora Disalah Ertikan?

Kongsi Gambar, Tindakan Nora Disalah Ertikan?
Kongsi Gambar, Tindakan Nora Disalah Ertikan? - Memandangkan bulan Ramadhan ini bulan yang baik, maka ramailah juga selebriti tempatan yang berusaha menambah pahala mereka dengan beribadah seperti bersolat terawih, mengurangkan aktiviti nyanyian, lakonan dan sebagainya.
Tidak ketinggalan, Nora Danish juga dilihat ke masjid untuk bersolat terawih sepanjang dua hari kita menyambut Ramadhan ini.
Bagaimanapun, tindakan Nora yang gemar mengambil gambar dan tidak boleh berenggang dengan telefon bimbit walaupun di dalam masjid menjadi isu buat pengikutnya di laman sosial itu. Peminat berpendapat sepatutnya aktres itu lebih menumpukan perhatian untuk mengerjakan ibadah daripada sibuk berkongsi foto di laman Instagram.
Tidak cukup dengan itu, kata-kata yang dikongsikan oleh Nora mengenai perbuatan menghakimi seseorang di bulan puasa juga menjadi punca perdebatan para pengikutnya di Instagram.
Kongsi Gambar, Tindakan Nora Disalah Ertikan?
Apapun, mari kosongkan hati daripada sebarang niat yang tak elok sepanjang menyambut Ramadhan ini. Selanjutnya..

(GAMBAR)Farid Kamil Umum Kelahiran Anak Lelaki

Beberapa jam lepas, Farid Kamil telah memuat naik gambar seorang bayi lelaki ke Instagramnya dengan kapsyen:
faridkamilz
Welcome to the World my son #baby #papito #9.7pounds

Walaupun dijadualkan bersalin pada 15 Julai, nampaknya bayi tersebut dilahirkan lebih awal. Apa pun diucapkan tahniah kepada mereka Farid dan Diana Danielle atas kelahiran bayi mereka ini. Rasanya selamat untuk disahkan yang ini sememangnya bayi mereka dengan tiada keraguan lagi.
Kredit gambar.. Gambar lagi

Tiada Jodoh Buat Fiza Elite

Benarlah kata pepatah; rezeki, ajal dan jodoh semuanya ditentukan Tuhan. Kita manusia ni hanya boleh berusaha namun ketentuannya adalah dari Allah jua. Begitulah yang terjadi dalam kes Fiza Elite ini.
Biarpun segala persiapan dan persediaan untuk majlis perkahwinannya yang sepatutnya berlangsung Jun lalu telah diatur, tetapi akhirnya terpaksa akur dengan takdir dirinya. Kata Fiza Elite kepada Utusan Malaysia:-
Saya akui sangat kecewa kerana banyak persiapan sudah dibuat. Sepatutnya saya menjadi seorang isteri semula pada Ramadan kali ini, tetapi tidak berlaku.
Ketika ditanya siapakah gerangan lelaki tersebut, Fiza mengatakan:-
Siapa dia, tidak perlulah saya beritahu kerana perkahwinan itu tidak menjadi pun. Bila tidak jadi berkahwin, saya sudah reda. Sebagai insan, kita tidak tahu apa akan jadi pada masa depan. Mungkin akan datang jodoh baru, saya terima apa saja daripada Yang Maha Esa.
fiza eliteErrm.. Berat juga dugaan untuk Fiza pada bulan Ramadhan kali ni. Semoga Fiza tabah dan meneruskan kehidupan yang mendatang seperti biasa. Mawar Putih percaya masih ada ramai lelaki di luar sana yang jujur, baik hati, penyayang dan sedang mencari pasangannya. Manalah tahukan….Insyallah..kalau ada jodoh tidak ke mana tu. Selanjutnya.. 

Friday, 5 April 2013

Manifesto: Apa sebenarnya?



Menjelang PRU 13
Menjelang PRU 13
KUALA LUMPUR - Mutakhir ini, semakin Malaysia menghampiri pilihan raya umum ke-13, semakin kerap perkataan 'manifesto' menjadi topik perbincangan di media massa dan perbualan rakyat serta sembang politik di kedai kopi.

Menjelang pilihan raya umum. yang boleh diadakan pada bila-bila masa, masyarakat kebelakangan ini juga didedahkan dengan pelbagai penjelasan mengenai manifesto politik khususnya berhubung pencapaian, janji-janji  yang dikotakan dan tidak kurang juga janji-janji yang tidak tertunai.

Apakah itu manifesto? Menurut kamus, manifesto adalah satu pernyataan, janji atau deklarasi secara bertulis yang digunakan seseorang atau sebuah parti politik semasa kempen pilihan raya bagi mendapat perhatian, simpati dan sokongan pengundi.

Pensyarah Sains Politik Universiti Teknologi MARA (UiTM) Dungun, Terengganu Che Hamdan Che Mohd Razali berpendapat manifesto yang baik adalah manifesto yang dapat membangkitkan rasa keinginan di kalangan pengundi untuk memilih sesebuah parti politik dan wakil rakyat mereka.

"Memang benar faktor calon itu memainkan peranan yang penting, tetapi pengundi juga mahu tahu apakah manifesto atau deklarasi yang boleh ditawarkan kepada mereka," katanya ketika dihubungi Bernama baru-baru ini.   

Setakat manakah janji-janji berkenaan mampu diingati semua pengundi?

Che Hamdan berkata satu kajian, yang dijalankan pada 2009 terhadap sekumpulan belia berumur antara 21 hingga 40 tahun, mendapati kebanyakan orang telah lupa dengan apa yang ditawarkan kepada mereka semasa kempen pilihan raya umum 2008.

"Pada masa itu (kempen pilihan raya), pengundi amat ghairah dengan apa yang ditawarkan dalam manifesto sesebuah parti itu, namun lama-kelamaan, mereka sendiri lupa sehinggalah nak dekat pilihan raya, baru mereka  ingat kembali selepas hal berkaitan dibangkitkan beberapa pihak," katanya.

Menjelang pilihan raya umum yang semakin hangat diperkatakan, Che Hamdan, yang juga penganalisis politik, berkata selain calon yang dipilih untuk bertanding, kebijaksanaan dalam menawarkan manifesto yang menarik  akan menjadi antara faktor penentu kemenangan atau kekalahan sesebuah parti.

"Memberitahu apa yang telah dilaksanakan kepada rakyat sebenarnya amat memberi kesan kepada mereka. Mereka akan tahu apa yang telah dilaksanakan dan apa yang belum.

"Barisan Nasional (BN) pada saya perlu memperbanyakkan lagi penjelasan mengenai apa yang telah dilaksanakan kepada rakyat," katanya merujuk kepada program Jelajah Janji Ditepati yang memberi ruang kepada rakyat mendapat maklumat terkini tentang apa yang dilaksanakan kerajaan untuk membantu rakyat.

Bagi pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM) Prof Dr Ahmad Atory Hussein, manifesto, katanya, memberi makna perakuan atau janji dan perlu dikemukakan dalam mana-mana pilihan raya.

"Mengikut ilmu sains politik, di dalam pilihan raya terdapat beberapa unsur seperti kempen dan manifesto. Manifesto ini adalah satu unsur utama dalam mana-mana pilihan raya," katanya.

Beliau berkata manifesto mempunyai pengaruh cukup kuat dalam menentukan kelangsungan sebuah parti mahu pun individu.

Manifesto yang menepati kehendak rakyat setempat lazimnya akan mempengaruhi pola pengundian, kata beliau.

"Contohnya pada pilihan raya umum 2008, pembangkang mempunyai manifesto yang mampu menarik perhatian rakyat dan ini telah memberi kemenangan kepada mereka di beberapa buah negeri," katanya.

Bagaimanapun, banyak janji-janji pembangkang sehingga kini gagal dilaksanakan dan kini ditagih rakyat sehingga ada pihak yang sanggup menuntut dan membawa kes ke mahkamah.

Kerajaan Selangor pimpinan Parti Keadilan Rakyat kini berhadapan dengan tindakan sebilangan pengguna di Selangor yang memfailkan tuntutan terhadap kerajaan PKR Selangor di mahkamah bagi mendapatkan tunggakan  subsidi air di bawah skim air percuma seperti dijanjikan dalam manifesto pembangkang pada pilihan raya umum ke-12.

Ahmad Atory berkata melalui manifesto juga, pengundi akan menilai kemampuan wakil rakyat yang dipilih mereka sama ada mampu atau tidak memenuhi apa yang telah dijanjikan. - Bernama
~ hampir 6 bulan x update blog.. ari ni bru bukak.. mcm bilik x dikemas.. semak jeee.. harap skrng dh okey kot.. hehe.. esok kita nk pegi bengkel teknik menjawab Bahasa Melayu STPM penggal 2.. huhh.. azam aku skrng ni ialah untuk tangkap semula apa yang aku t'lepas dalam sem 1.. ~

Followers